Disediakan oleh: Nuff, JSBN Sarawak
BINTULU, 30 MEI 2024 – Sambutan program HBN 2024 Peringkat Negeri Sarawak julang kalinya diadakan di Bintulu. Majlis perasmian sambutan tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak pada 18 Mei 2024 bertempat di Dewan Sri Kenyalang, UPM Kampus Bintulu.
Kemeriahan sambutan tersebut diadakan majlis penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2024 dan dipenuhi pelbagai pengisisan dan aktiviti antaranya pameran pendidikan, pameran pelbagai agensi, jualan dan kraftangan, autoshow, perkhidmatan gunting rambut percuma dan tukar minyak hitam percuma kepada food rider belia di Bintulu.
Semoga dengan adanya sambutan hari belia Negara seperti ini memberikan semangat dan kesedaran dan meningkatkan kesedaran kepada golongan belia di kala Negara dan dunia dilanda pandemic, golongan belia masih mendapat perhatian daripada pihak kerajaan sekaligus menaikkan semangat kecintaan dan patriotism kepada golongan belia agar terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara.
- JBS Sarawak
- Hits: 150
