Disediakan oleh : Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 28 MEI 2024 – Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Matu telah diadakan pada 15 Mei 2024 bertempat di Dewan Tugau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama SMK Matu dan Kelab Belia Bandar Baru Mukah telah dirasmikan oleh Puan Rahmah Binti Junaidi, Pengetua SMK Matu.
Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Matu diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk bacaan Ikrar Belia Malaysia, bacaan lima minit anti dadah, senamrobik, sukaneka dan cabutan bertuah. Program telah disertai 221 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut. Turut hadir Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah mewakili pejabat.
- JBS Sarawak
- Hits: 196
