KUCHING, 15 MEI 2024 – Sempena menyemarakkan lagi sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini, PBSB Kuching telah melaksanakan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Bau. Program ini mendapat kerjasama rakan strategik iaitu Pergerakan Pemuda Malaysia Negeri Sarawak (YMM) serta penduduk Kampung Musi, Bau yang memilih untuk melaksanakan Gaya Hidup Rakan Muda - Rakan Bumi, dengan menanam pokok di sekitar Kampung Musi.
KUCHING, 6 MEI 2024 – Encik Mohamad Arif Zulhilmi Alet, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah mewakili Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ke Kejohanan Olahraga MAKSAK 2024 pada 4 dan 5 Mei 2024 bertempat di UNIMAS Samarahan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau kerana berjaya merangkul Pingat Emas bagi setiap 3 acara Lari Pecut 100m lelaki terbuka, 200m lelaki terbuka dan 400m lelaki terbuka pada hari kejohanan tersebut.
KUCHING, 15 MEI 2024 – Semarak Hari Belia Negara 2024 merupakan permulaan (kick off) bertujuan menarik penyertaan belia di peringkat akar umbi dalam menyemarakkan Sambutan Hari Belia Negara di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Semarak HBN memfokuskan pelaksanaan Ikrar Belia Malaysia dan aktiviti yang menjurus kepada 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kuching dilaksanakan bersama rakan strategik, Pergerakan Pemuda Malaysia Negeri Sarawak (YMM) dan Kolej Komuniti Kuching bertempat di Dewan Kolej Komuniti Kuching dan Taman Rekreasi Pustaka Negeri Sarawak yang melibatkan 3 Gaya Hidup Rakan Muda; Rakan Niaga, Rakan Muzik dan Rakan Aktif. Seramai 207 orang peserta telah menyertai program ini.
Pada sebelah pagi, pengisian program dimulakan dengan tayangan video amanat Hari Belia Negara daripada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan diikuti dengan bacaan Ikrar Belia Malaysia oleh Ketua Pelajar Kolej. Pada sebelah petang, para peserta telah menyertai brisk walk di Taman Rekreasi Pustaka Negeri Sarawak. Acara sampingan seperti cabutan bertuah turut diadakan. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Encik Sumbang Mandau, Pengarah Kolej Komuniti Kuching bersama-sama pensyarah, pegawai dan kakitangannya serta penyelaras di peringkat kolej iaitu, Encik Abit Nunong, Pegawai Belia dan Sukan Kolej Komuniti Kuching.
MIRI, 17 MEI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Persatuan Ping Pong Bahagian Miri telah mengadakan mesyuarat bersama pengurus pasukan ping pong Liga Sukan Komuniti Bahagian Miri 2024 di Able-Link Sports Recreational Centre, semalam.
Sesi bermula dengan penyampaian ucapan dan amanat oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan diteruskan dengan taklimat peraturan permainan dan cabutan undi yang disampaikan oleh Encik Robin Ling selaku pegawai teknikal bagi acara ping pong dan Encik Roger Danny, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri. Seramai 8 orang pengurus ping pong dan pasukan teknikal telah hadir untuk mendengar taklimat dan sesi cabut undi bagi menentukan kumpulan semasa kejohanan Liga Sukan Komuniti yang akan diadakan di Able-Link Sports Recreational Centre.
Johan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 beserta medal dan piala,manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima RM300 dan RM200 beserta piala dan medal. Johan dan naib johan bagi acara ping pong secara automatik akan mewakili Bahagian Miri ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang dijadualkan pada bulan Julai 2024. PBSB Miri mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang bertanding pada 19 Mei 2024 nanti.
SIBU, 17 MEI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu telah mengadakan mesyuarat bersama pengurus pasukan ping pong Liga Sukan Komuniti Bahagian Sibu 2024 di Dewan Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu.Sesi dimulakan dengan penjelasan tentang objektif LSK dan Peraturan Am oleh Encik Terence Tan, Pembantu Unit Pembangunan Sukan PBSB Sibu. Seterusnya taklimat peraturan permainan dan cabutan undi telah disampaikan oleh Encik Shau Sing Yong selaku pegawai teknikal bagi acara ping pong.Seramai 12 orang pengurus ping pong dan pasukan teknikal telah hadir untuk mendengar taklimat dan sesi cabut undi bagi menetapkan jadual kumpulan semasa kejohanan Liga Sukan Komuniti yang akan diadakan di Dewan Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu.
Johan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 beserta medal, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima RM300 dan RM200 beserta medal. Johan dan naib johan bagi acara ping pong secara automatik akan mewakili Bahagian Sibu ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang dijadualkan pada bulan Julai 2024. PBSB Sibu mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang bertanding pada 18-19 Mei 2024 nanti.
SIBU, 17 MEI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu telah mengadakan mesyuarat bersama pengurus pasukan ping pong Liga Sukan Komuniti Bahagian Sibu 2024 di Dewan Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu.Sesi dimulakan dengan penjelasan tentang objektif LSK dan Peraturan Am oleh Encik Terence Tan, Pembantu Unit Pembangunan Sukan PBSB Sibu. Seterusnya taklimat peraturan permainan dan cabutan undi telah disampaikan oleh Encik Shau Sing Yong selaku pegawai teknikal bagi acara ping pong.Seramai 12 orang pengurus ping pong dan pasukan teknikal telah hadir untuk mendengar taklimat dan sesi cabut undi bagi menetapkan jadual kumpulan semasa kejohanan Liga Sukan Komuniti yang akan diadakan di Dewan Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu.
Johan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 beserta medal, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima RM300 dan RM200 beserta medal. Johan dan naib johan bagi acara ping pong secara automatik akan mewakili Bahagian Sibu ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang dijadualkan pada bulan Julai 2024. PBSB Sibu mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang bertanding pada 18-19 Mei 2024 nanti.
Disediakan Oleh : Jamaika Binti Marciano, PBSB Sarikei
Sarikei, 15 Mei 2024 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah bekerjasama dengan Kolej Komuniti Sarikei bagi program Semarak Hari Belia Negara Tahun 2024 Daerah Sarikei. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Jamaika Binti Marciano, Cawangan Pembangunan Belia di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Program tersebut dimulai dengan Ikrar Belia Malaysia dan fokus kepada Rakan Mahir dan Digital melalui 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Antara pengisian program adalah Kursus Asas Photoshop, Kursus Asas Thunkable dan Kursus Asas Cloud Storage. Thunkable lebih kepada apps development menggunakan block programming yang cloud storage akan guna google drive/google spreadsheet. Kemudian, disertakan sekali Pertandingan Sahibba dan type writing.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga jalinan ini sentiasa kukuh di masa akan datang dan melahirkan belia yang berkemahiran dalam digital yang selaras dengan cita rasa dan minat generasi belia hari ini.
Disediakan Oleh : Jamaika Binti Marciano, PBSB Sarikei
Sarikei (Bintangor), 15 Mei 2024 : Satu pertandingan futsal telah diadakan di Padang Futsal Kelab Belia Bintangor bersempena program Semarak Hari Belia Negara Tahun 2024 Daerah Meradong. Program tersebut telah dilaksanakan kerjasama dengan Kelab Belia Pekan Bintangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Jamaika Binti Marciano, Cawangan Pembangunan Belia di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Program tersebut dimulai dengan Ikrar Belia Malaysia dan fokus kepada Rakan Aktif melalui 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Bergiat aktif dalam sukan adalah sinonim dengan golongan belia di Sarikei dan semoga dengan program ini mereka sentiasa aktif dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terlibat dan semoga Kelab Belia Pekan Bintangor sentiasa memberikan komitmen yang tinggi membantu dan menjadi aspirasi belia di Daerah Meradong.
SIBU, 15 MEI 2024- Pejabat Belia dan Bahagian Sibu dengan kerjasama Kelab Belia Jalan Lanang telah melaksanakan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Sibu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sibu Jaya. Bertemakan “Yakin Boleh” program ini melibatkan 200 orang pelajar yang berumur 15 tahun keatas. Program ini juga dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia.Semarak Hari Belia merupakan permulaan (kick-off) bertujuan untuk menarik penyertaan belia di peringkat akar umbi dalam menyemarakkan lagi Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri dan juga Kebangsaan di samping memfokuskan kepada Ikrar Belia Malaysia dan aktiviti yang menjurus kepada pembangunan potensi belia menerusi elemen 10 gaya hidup Rakan Muda. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat kecintaan dan patriotism kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara. Ikrar Belia telah dibacakan oleh wakil pelajar.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMK Sibu Jaya, Encik Jeffrey Stephen Mikai manakala majlis perasmian telah disempurnakan oleh Sylvia Lau Gin Si dari Pejabat Daerah Sibu. Turut hadir Encik Jackery Hillary Chukan wakil .dari Pejabat Pendidikan Daerah Sibu. Dan Encik Terence Tan dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Program ini turut berlangsung acara senamrobik yang dikendalikan oleh Puan Marcilla Mohammad dari Kelab Kecergasan LCHFS Sibu. Seterusnya disusuli dengan acara Suara Emas Belia dan cabutan nombor bertuah.Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Sibu Tahun 2024.