- JBS Sarawak
- Hits: 146
PBSB BINTULU HEBOHKAN SAMBUTAN HBN 2024 PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI KONTI RTM BINTULU
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 6 MEI 2024 – Pihak pejabat mendapat jemputan daripada RTM Bintulu secara langsung dalam segmen “RB ajak borak” bertempat di radio RTM Bintulu pada Sabtu lepas.
Turut hadir Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu dan Puan Diana Nuff Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bersama DJ Rajesh Buking. Dalam Segmen tersebut pihak pejabat turut menyeruh sekaligus mempromosikan program sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Sarawak yang julung kalinya diadakan di Bintulu. Pelbagai pengisian aktiviti dan pertandingan turut diadakan sepanjang sambutan itu berlangsung.
Justeru itu, pihak pejabat menyeruh kepada kepada belia di luar sana khususnya warga Bintulu untuk mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama meluangkan masa meraihkan sambutan hari belia negara yang diadakan khas untuk belia negara kerana belia tonggak masa depan negara.
- JBS Sarawak
- Hits: 146
