- JBS Sarawak
- Hits: 182
PROGRAM LIBAT URUS PERTUBUHAN BELIA ZON SARAWAK BERSAMA PERSATUAN/KELAB BELIA SELURUH NEGERI SARAWAK
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, PBSB Sarikei
Sabtu, 4 Mei 2024 : Satu Program Libat Urus Pertubuhan Belia Zon Sarawak telah diadakan secara online (Google Meet) anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak. Program libat urus tersebut telah disampaikan oleh Puan Normala Binti Razali, Pegawai Pendaftaran (Kanan), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak. Turut hadir, Puan Jamaika Binti Marciano, Cawangan Pembangunan Belia di PBSB Sarikei.
Program tersebut bertujuan memberi bimbingan yang berkaitan aspek tadbir urus dalam pertubuhan belia seperti penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penarafan Bintang Pertubuhan Belia, Integriti Dalam Pertubuhan Belia, bimbingan teknikal pindaan perlembagaan serta penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019.
- JBS Sarawak
- Hits: 182
