Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 15 MEI 2024- Pejabat Belia dan Bahagian Sibu dengan kerjasama Kelab Belia Jalan Lanang telah melaksanakan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kanowit bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Nanga Dap. Bertemakan “Yakin Boleh” program ini melibatkan 200 orang pelajar yang berumur 15 tahun keatas. Program ini juga dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia.Semarak Hari Belia merupakan permulaan (kick-off) bertujuan untuk menarik penyertaan belia di peringkat akar umbi dalam menyemarakkan lagi Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri dan juga Kebangsaan di samping memfokuskan kepada Ikrar Belia Malaysia dan aktiviti yang menjurus kepada pembangunan potensi belia menerusi elemen 10 gaya hidup Rakan Muda. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat kecintaan dan patriotism kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara. Ikrar Belia telah dibacakan oleh Joseph Irau Anak Martin.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMK Nanga Dap, Encik Dagang Anak Bungsu. Turut hadir Puan Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan juga Encik Wiliy Anak Johnson mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit. Program ini turut berlangsung acara senamrobik yang dikendalikan oleh Jancie Audrey Kachong dari Kelab Kecergasan LCHFS Sibu. Seterusnya disusuli dengan acara Suara Emas Belia dan cabutan nombor bertuah.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kanowit Tahun 2024.
- JBS Sarawak
- Hits: 162
