- JBS Sarawak
- Hits: 152
PROGRAM FIT MALAYSIA SIRI 1 BERSAMA KOMUNITI RUMAH PANJANG DI RUMAH GARING, SONG
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 10 MEI 2024 - Kecergasan fizikal merupakan aspek yang penting bagi setiap individu. Kecergasan tubuh badan hanya akan tercapai menerusi latihan fizikal bersistematik yang terancang dan dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan yang sesuai serta disiplin yang tinggi. Pelaksanaan program menerusi Fit Malaysia merupakan program ikonik sejak 2014 akan menjadi “Branding” dalam kalangan masyarakat sebagai identiti Kementerian Belia dan Sukan secara khusus dan Kerajaan secara amnya. Fit Malaysia merangkumi beberapa elemen iaitu Rasional seperti professional, inovatif dan bersemangat serta Emosional seperti penub perhatian, boleh dipercayai, dan bersungguh yang dapat diterjemahkan kepada masyarakat.
Sehubungan dengan itu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah menyantuni penduduk di Rumah Garing, Nanga Miaw, Song bagi mempromosi program Fit Malaysia (Fit Komuniti) kepada komuniti di rumah panjang berkenaan yang juga merupakan lokasi Siri Pertama bagi program ini pada 8 Jun depan. Program senamrobik akan diadakan di rumah berkenaan yang melibatkan penyertaan lebih kurang 200 orang penghuni dari peringkat umur kanak-kanak sehingga warga emas. Tuai Rumah Garing Anak Pangit menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak pejabat kerana sudi menganjurkan program sebegini di rumah panjang beliau.
Turut hadir semasa lawatan tersebut adalah Encik Herbert Sumok Johnny, Pengerusi Kelab Belia Gagasan Pekan Song dan Encik Kamarau Kubu, Penolong Pegawai Pejabat KEMAS Bahagian Kapit yang akan turut sama mengadakan aktiviti ceramah pada tarikh tersebut. Program Fit Malaysia akan dilaksanakan secara 12 siri yang akan bermula pada bulan Jun sehingga September ini di beberapa kawasan yang terpilih di Bahagian Kapit.
- JBS Sarawak
- Hits: 152
