Disediakan Oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 22 MAC 2024 – Satu sesi taklimat dan perbincangan bagi program Cawangan Pembangunan Belia Tahun 2024 Negeri Sarawak telah dipengerusikan oleh tuan Ronnie Boniface Nugi, Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak secara maya menggunakan aplikasi google meet pada selasa lalu.
Dalam sesi taklimat tersebut, pengerusi telah menyampaikan penerangan kepada semua pegawai Bahagian mengenai kalendar program cawangan pembangunan belia bagi tahun ini.Tidak lupa juga pengerusi turut mengucapkan tahniah kepada Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu kerana dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024 yang akan dilaksanakan pada bulan Mei ini.
Semoga dengan adanya panduan kalendar program cawangan pembangunan belia tahun 2024 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai KPI yang telah ditetapkan.
- JBS Sarawak
- Hits: 166
