Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 26 FEBRUARI 2024 – Satu majlis makan malam BBQ yang telah berlangsung pada minggu lalu bersempena meraikan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia Bahagian Limbang yang telah diadakan di Ibu pejabat Jabatan Imigresen Limbang. Majlis yang meriah ini disulami dengan acara yang cukup gilang gemilang.
Objektif bagi Majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan selari dengan saranan Kerajaan supaya berhubungan baik dengan semua Penjawat awam. Dengan adanya majlis makan Malam ini dapat dijadikan platform terbaik bagi semua pihak bersua muka disamping dapat beramah mesra.
Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Khalthom Binti Ahmad, Ketua Imigresen Bahagian Limbang ini diserikan lagi dengan beberapa aktiviti seperti cabutan bertuah, karaoke santai dan pakaian terbaik mengikut tema makan malam tersebut.
Encik Rynnille Elsther Peter, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang bersama Encik Zaini Abd Talib Pegawai Unit Sukan PBSB Limbang turut hadir dan mengambil peluang beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh silaturahim di kalangan semua pihak.
- JBS Sarawak
- Hits: 170
