- JBS Sarawak
- Hits: 213
ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2024 PENGHARGAAN KEPADA BELIA DAN PERSATUAN AKTIF
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 20 FEBRUARI 2024 – Sesi sembang santai bersama Encik Mohd Helmi Zamil, Ahli Parlimen Belia Malaysia telah diadakan pada 19 Februari 2024 antara Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan kakitangan yang lain di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Sembang santai tersebut bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara Ahli Parlimen Belia Malaysia dengan pejabat dalam melaksanakan program –program pejabat. Hadir sama Cik Lyona Stephen, Pengerusi Kelab Belia Terendak dan merupakan Naib Johan Anugerah Belia Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2023.
Sejurus selesai sesi sembang santai, Encik Mohd Helmi Zamil telah menyerahkan Borang Pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2024 bagi kategori individu lelaki yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan kepada Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Borang tersebut akan dipanjangkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak untuk tindakan selanjutnya. Pihak pejabat sangat mengalu - alukan belia dan persatuan belia yang aktif di bahagian Mukah untuk menyertai Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2024 sebagai salah satu platform bagi menghargai sumbangan para belia.
- JBS Sarawak
- Hits: 213
