- JBS Sarawak
- Hits: 71
16 PASUKAN BOLA JARING AKAN BERAKSI DI LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI 2023
- JBS Sarawak
- Hits: 71
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
Disediakan oleh : Puan Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU , 9 OGOS 2023 - Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak melalui Pejabat Penerangan Daerah Sibu telah mengadakan program Semarak Gemilang dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak, Sibu.
Program turut diselitkan dengan ceramah Agensi AADK, Polis Di Raja Malaysia dan Pejabat Kesihatan Sibu. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dihadiri oleh Puan Morni binti Ibrahim dan Mohamad Afif bin Ibrahim. Turut hadir juga ahli Kelab Belia Himah dan juga Kelab Helwa Hikmah, Sibu. Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Joseph Cheng Ik, Ahli Dewan Undangan Negeri N51, Bukit Assek
Disediakan oleh : Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 9 OGOS 2023 – Puan Pamela Connie Anak Eddie Saga, dari Unit Pentadbiran di Ibu Pejabat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah pada 9 Ogos 2023 bagi tujuan pemantauan tatacara pengurusan aset alih kerajaan dan pengurusan stor kerajaan di pejabat.
Pemantauan ini bertujuan membantu kakitangan di pejabat untuk mempelajari proses pengurusan aset alih kerajaan dan pengurusan stor kerajaan dengan lebih baik. Selain itu, beliau turut memberi latihan sebenar beserta penerangan secara terperinci berhubung tatacara penggunaan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset kepada pegawai yang terlibat. Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah mewakili kesemua kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Mukah mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan tersebut.
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 9 OGOS 2023 – Mesyuarat Penyelarasan Program Hari Integrasi Balingian Energy Mineral, Bukut 2023 telah diadakan pada 9 Ogos 2023 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah yang turut dihadiri pegawai dan kakitangan Balingian Energy Mineral Bukut yang terlibat.
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah penentuan tarikh dan tempat program, pecahan aktiviti sepanjang program, pembahagian tugas dan keperluan program dari setiap agensi yang terlibat. Selain itu, turut dibincangkan adalah kaedah kerjasama yang terbaik bagi pelaksanaan program bersama komunti yang terlibat pada masa akan datang. Program Hari Integrasi Balingian Energy Mineral Bukut akan dilaksanakan pada 16 September 2023 di Rumah Petrous Ambun Anak Emam.
Kemaskini Terakhir: 02-04-2026, 01:27:12