- JBS Sarawak
- Hits: 184
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN UNIMAS MENGADAKAN PERTEMUAN DUA HALA BERSAMA JBSN SARAWAK
Disediakan Oleh : MNN, JBSN Sarawak
KUCHING, 29 JANUARI 2024 – Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan pertemuan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang diadakan di Bilik Mesyuarat Santubong, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak. Pertemuan ini diketuai oleh Professor Dr. Cecilia Essau bersama ahli rombongan yang lain dan telah dipengerusikan oleh Encik Ronnie Boniface Nugi, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam penganjuran program yang melibatkan para belia pada masa akan datang. Selain itu, untuk mendapatkan pandangan dan idea program-program yang bersesuian bagi para belia seperti program pembelajaran tentang kehidupan yang sihat, program membina ketahanan emosi melalui pengurusan stress dan program kemahiran sosial.
Turut hadir bersama dalam pertemuan ini adalah, Pegawai-Pegawai Cawangan Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Pegawai Cawangan Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
- JBS Sarawak
- Hits: 184
