- JBS Sarawak
- Hits: 102
TAKLIMAT HARI SUKAN NEGARA 2023 PERINGKAT BAHAGIAN BETONG BERSAMA TIMBALAN RESIDEN BETONG
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 27 SEPTEMBER 2023 - Satu perjumpaan pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong bersama dengan Encik Mahra bin Salleh, Timbalan Residen Betong telah diadakan pagi inibertempat di Pejabat Timbalan Residen Bahagian Betong bagi memberikan sedikit taklimat berkaitan sambutanHari Sukan Negara 2023 Peringkat Bahagian Betong. Beliau yang mewakili Tuan Residen Bahagian Betong turut menyatakan sokongan terhadap penganjuran HSN2023 yang akan dilaksanakan pada bulan Oktober nanti.
Semasa sesi perjumpaan tersebut, Cik Nurulzamzam bt. Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong telah memberikan taklimat berkenaan Sambutan Hari Sukan Negara 2023 peringkat Bahagian Betong yang akan diadakan pada 28 Oktober 2023. Objektif sambutan Hari Sukan Negara adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan aktiviti sukan dan kecergasan ke arah menjadikan sukan sebagai gaya hidup aktif serta meningkatkan penyertaan dan penglibatan rakyat dalam menjadikan Malaysia kearah negara berbudaya sukan.
#MalaysiaMadani
#pbsbBetong
- JBS Sarawak
- Hits: 102
