Disediakan oleh: ZK, JBSN Sarawak
KUCHING, 26 Januari 2024 – Hari ini pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah melapangkan diri untuk mendengar Taklimat Pelaksanaan Geran Padanan Sukan Dan Dana Sukan Komuniti KBS yang dikelolakan oleh Sekretariat Dana KBS. Taklimat ini memberi penjelasan dengan lebih terperinci kepada semua warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di seluruh Negara.
Secara umumnya Geran Padanan Sukan (GPS) KBS bertujuan untuk memberikan bantuan berbentuk geran padanan bagi penganjuran program sukan Persatuan/ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)/ Koperasi/ Syarikat. Kaedah pemberian bantuan GPS adalah secara tuntutan bayaran balik (reimbursement). Manakala, Dana Sukan Komuniti (DSK) adalah dana bantuan daripada KBS bagi menggalakkan penganjuran program sukan di peringkat komuniti Negeri, daerah, parlimen, DUN, kampung dan seumpamanya.
#MalaysiaMadani
#teampbsbkuching
- JBS Sarawak
- Hits: 135
