KUCHING, 18 JANUARI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah menerima aset baharu berupa peralatan ICT iaitu 3 unit komputer meja dan 1 unit komputer riba daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Pemasangan telah dilaksanakan oleh pembekal/vendor yang telah dilantik pada 15 Januari 2024.
Semoga dengan peralatan ICT baharu ini dapat meningkatkan semangat pegawai dan kakitangan pejabat ini untuk terus meningkatkan prestasi selaku penjawat awam selain memudahkan tugas harian dengan lebih mudah dan efisien.
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 18 JANUARI 2024 – Satu Mesyuarat Penganjuran Karnival Belia Islam Bil.1/2024 telah diadakan pada 16 Januari 2024 bertempat di Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran Baru Mukah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Suharman Bin Haji Edward, Ketua Bahagian, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut yang telah diwakili Encik Mohammad Arbi Bin Rosli dan Puan Noorlina Binti Mirais.
Antara agenda mesyuarat ialah perutusan pengerusi, pembentangan kertas kerja Karnival Belia Islam, lantikan jawatankuasa pengelola program, perbincangan program dan hal-hal lain. Karnival Belia Islam yang bakal dianjurkan akan dipenuhi pelbagai aktiviti menarik seperti Nuqaf Belia @ Probis, Pameran Kerjaya, Pameran Pendidikan, Gerai Jualan Kering atau bermasak, Malam Semarak Kesenian Islam, Ceramah Belia Cinta Masjid, Tausiyah Pengarah JAIS, Forum Belia Model Al-Fatih, Bengkel dan Pertandingan Khat, bengkel dan pertandingan Deklamasi Puisi, pertandingan Mewarna Islamik, Klinik Al-Fatihah, Pertandingan Video Kreatif Tiktok, Pertandingan Azan dan Pertandingan Berzanji,
Turut diadakan juga program sukan dan rekreasi bersempena karnival tersebut antaranya pertandingan e-sport, pertandingan memanah, pertandingan congkak, pertandingan batu seremban, pertandingan dam haji, kayuhan harmoni mesra ummah, program bersih pantai dan sukan rakyat. Program selama 5 hari itu akan berlangsung pada 14-18 Februari 2024 di Perkarangan Masjid Setia Raja, Mukah dan beberapa masjid yang lain.
KUCHING, 18 JANUARI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah mengadakan Morning Prayer bersama pegawai dan kakitangan semalam yang dipengerusikan oleh Puan Margaret Sawing selaku Ketua Pegawai Pejabat Bahagian Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching.
Mesyuarat ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat terkini dan membincangkan kedudukan semasa pentadbiran, pengurusan dan persiapan awal pelaksanaan program-program tahunan pejabat. Selain itu, perbincangan ini termasuklah mengenalpasti dan menentukan tindakan penyelesaian bagi program yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Ketua Pegawai Pejabat Bahagian mengharapkan setiap pegawai dan kakitangan dapat mengekalkan kerjasama yang tinggi serta meningkatkan kredibiliti kerja berpasukan yang lebih baik. Di samping itu, dapat mengekalkan hubungan yang harmoni sesama rakan sepejabat.
SARIKEI, 17 JANUARI 2024 – Seluruh warga kerja, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan syabas dan tahniah kepada Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan S29 yang telah menerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Disember 2023. Anugerah ini telah disampaikan oleh Encik Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak semasa perhimpunan bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di Kuching pada 15 Januari 2024 yang lepas.
Semoga dengan anugerah ini akan lebih meningkatkan semangat beliau untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang dan menjadi contoh kepada pegawai yang lain.
SARATOK, 17 JANUARI 2024 – Mesyuarat Kejohanan Krian MTB Jamboree XC 2nd Edition 2024 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Saratok pada 15 Januari 2024. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Laga Kueh, Pemangku Pegawai Daerah Saratok dan turut dihadiri oleh Yang Berhormat Encik Friday anak Belik, yang merupakan ADUN N.39. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan perlumbaan sebenar kepada peminat sukan berbasikal di Saratok terutama golongan belia, meningkatkan kemahiran dan strategi semasa kejohanan, mempromosi aktiviti berbasikal sebagai salah satu aktiviti sihat, serta menjadikan Krian sebagai tarikan pelancong untuk meneroka alam semulajadi. Kejohanan akan diadakan pada 29-30 Jun 2024 mensasarkan 150 orang penyertaan. Lokasi Krian MTB Jamboree XC 2nd Edition bertempat di Rh. Jaga, Ng. Geranjang. Pembentangan kertas kerja dan taklimat berkaitan pelaksanaan kejohanan ini telah disampaikan oleh Encik Saiful Hanizam bin Suhaimi dari Persatuan Berbasikal Bahagian Betong. Acara yang akan dipertandingkan nanti ialah kategori Men Open, Master A, Master B, Junior 18 tahun ke bawah, Women Open dan Betong Close. Turut di adakan aktiviti pameran dari agensi seperti PDRM, AADK dan JPJ, pertandingan memasak, pertandingan mewarna, demontrasi dari pihak Bomba dan kempen derma darah sebagai pengisian aktiviti sampingan. Hadir sama semasa mesyuarat ialah, ketua-ketua dan wakil jabatan, Persatuan Berbasikal Bahagian Betong, wakil media (TVS), NGO’S, ketua masyarakat serta Cik Jojo Tehan mewakili Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong.
BETONG, 17 JANUARI 2024 – Pemeriksaan pejabat daripada Bahagian Pengurusan Fasiliti, Kementerian Kerja Raya telah di adakan di pejabat, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong pada 16 Januari 2024. Pemeriksaan itu dilakukan bertujuan memantau keadaan fizikal fasiliti, maklumbalas agensi serta kerja-kerja pembersihan di setiap pejabat yang terdapat di Bangunan Gunasama Persekutuan Betong. Pemeriksaan ini telah dilakukan oleh Encik Mohd Hafiz Abd Manap pegawai daripada BPF, Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur. Beliau juga telah diberi sedikit penerangan oleh Cik Jojo Tehan, Pembantu Belia dan Sukan berhubung fizikal fasiliti dan kemudahan yang terdapat di dalam pejabat. Pihak pejabat merakamkan ucapan terima di atas kehadiran beliau serta maklum balas yang telah diberikan.
BETONG, 17 JANUARI 204 – Kerja-kerja pemasangan peralatan ICT di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah dilakukan pada hari. Kerja-kerja pemasangan ini telah dilakukan oleh Encik Mohd Faris Hakimi dan Encik Mohamad Fahmi bin Alias kakitangan teknikal daripada vendor Global Elite Ventures Sdn. Bhd. Pemasangan meliputi sebanyak 4 unit perisian komputer untuk pegawai dan kakitangan dan 1 unit pencetak.
MIRI, 17 JANUARI 2024 – Tahniah diucapkan kepada Encik Roger Danny, Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang telah menerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Oktober 2023 yang kini bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Encik Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak semasa perhimpunan bulanan Bil. 1/2024 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Anugerah ini juga sebagai salah satu suntikan semangat kepada semua kakitangan untuk berterusan memberikan khidmat yang cemerlang kepada Jabatan. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua penerima anugerah tersebut.
BINTULU, 17 JANUARI 2024 - Satu mesyuarat berkala peringkat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah dihadiri oleh Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu yang telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 15 Januari dan 16 Januari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, Ibu Pejabat JBSN, Sarawak.
Agenda mesyuarat ini membincangkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil.4/2023, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) Bil.4/2023, Mesyuarat JAR Bil.1/2024, Mesyuarat MBJ Bil.1/2024 dan mesyuarat pengurusan JBSN Sarawak Bil.1/2024.
Mesyuarat berkala ini telah dihadiri oleh ketua pejabat setiap bahagian di Sarawak. Dengan adanya mesyuarat berkala Peringkat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak memantapkan lagi pengurusan pentadbiran pejabat di bahagian masing-masing.