Disediakan Oleh : MJA, PBSB Sarikei
Sarikei, 21 September 2023- HSN SOLIDARITY FITNESS RUN 2023 merupakan salah satu aktiviti ikonik sempena sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Bahagian Sarikei. Penganjur utama program larian ini ialah Duton Mountaineering Club dan disokong oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Pihak Duton Mountaineering Club juga bertuah kerana Syarikat Ta Ann Group turut menaja program larian ini.
Bagi melancarkan pelaksanaan program ini, satu mesyuarat Jawatankuasa Pengelola HSN Solidarity Fitness Run telah diadakan di Sarikei Inovation Centre (SIC) yang dipengerusikan bersama oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan Puan Nur Syazwani Abdullah, Presiden Duton Mountaineering Club.
Ayuh warga Sarikei, kita terus mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyertai HSN SOLIDARITY FITNESS RUN 2023 ini yang akan diadakan pada 28 Oktober 2023 di Perkarangan Dewan Suarah Sarikei.
- JBS Sarawak
- Hits: 138
