Disediakan oleh: Martin Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 5 DISEMBER 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit (PBSB Kapit) dengan kerjasama Kelab Ping Pong SMK Selirik telah menganjurkan Pertandingan Ping Pong Siri 2 yang merupakan sebahagian daripada Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Kapit 2023 pada 25 November yang lalu di SMK Selirik, Kapit. Kerjasama antara PBSB Kapit dan Kelab Ping Pong SMK Selirik turut memberikan peluang kepada pemain-pemain muda untuk menunjukkan bakat mereka dan membina pengalaman dalam arena persaingan.
Sebagai menghargai usaha dan kecekalan para pemain, PBSB Kapit menyediakan hadiah yang mengujakan. Johan pertandingan membawa pulang hadiah berjumlah RM150, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing diberikan RM100 dan RM50. Hadiah ini tidak hanya menjadi insentif kepada peserta untuk memberikan prestasi terbaik, tetapi juga memupuk semangat saingan yang sihat dalam kalangan pemain ping pong Bahagian Kapit.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini akan terus menggalakkan minat untuk menceburi sukan ping pong dalam kalangan generasi muda. Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Kapit 2023 berjaya mencipta satu platform yang membolehkan masyarakat setempat bersatu dalam semangat sukan, melahirkan lebih ramai bakat baru, dan mendorong pembangunan sukan di Bahagian Kapit.
- JBS Sarawak
- Hits: 160
