Disediakan oleh: ZK,JBSN Sarawak
KUCHING, 11 DISEMBER 2023 – Kursus Pengurusan Perolehan dan Pentadbiran Kontrak Siri 2 telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada 28 hingga 30 November 2023 yang lepas yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Kursus ini turut dihadiri oleh Puan Margaret Sawing, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching dan pembantu tadbir Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching. Objektif kursus ini adalah memberi penjelasan mengenai tanggungjawab pegawai dan kakitangan dalam menguruskan perolehan Kerajaan, meningkatkan pemahaman pegawai dan kakitangan terhadap peraturan dan tatacara perolehan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan melalui Pekeliling Perbendaharaan dan perkongsian mengenai isu-isu kewangan yang dihadapi serta langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam pengurusan perolehan Jabatan.
#MalaysiaMadani
#teampbsbkuching
- JBS Sarawak
- Hits: 172
