BINTULU, 16 DISEMBER 2023 – Satu latihan kebakaran “fire drill” telah diadakan di Bangunan Wisma Persekutuan Bintulu pada Rabu lalu. Latihan kebakaran ini merupakan aktiviti yang wajib dilakukan pada setiap tahun di Wisma Persekutuan Bintulu.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu turut memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang latihan kebakaran tersebut. Pengisian “fire drill” dilakukan pihak BOMBA dan Penyelamat Bintulu turut memberikan demonstrasi penerangan dan pendedahan cara untuk memadamkan api apabila berdepan dengan situasi kebakaran.
Sarikei, 15 Disember 2023 - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Penyenggeraan Bangunan Gunasama Persekutuan telah diadakan pada jam8.50 pagi bertempat di Bilik Meyuarat, Tingkat 3, Wisma Persekutuan Sarikei.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei di mana banyak perbincangan dilaksanakan antaranya pengurusan bangunan gunasama, tempat parkir, latihan dan ceramah pencegahan kebakaran serta sukan antara jabatan. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei selaku JKK Sukan dan Rekreasi ditugaskan untuk merangka sukan antara jabatan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan keharmonian antara jabatan di Wisma Persekutuan Sarikei.
KUCHING, 14 DISEMBER 2023 – Malaysia Aktif @ Komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sepakat Jaya, Demak Laut telah diadakan pada 12 November 2023 bertempat di gelanggang futsal PPR Taman Sepakat Jaya, Demak Laut.
Dua (2) acara sukan telah dipertandingkan iaitu futsal dan bola jaring. Pasukan All In One United dinobatkan sebagai juara pertandingan futsal, naib johan pasukan Iris, tempat ketiga pasukan The Hunter dan pasukan Mix Taseja di tempat ke-empat. Pasukan Taseja Pro selaku johan pertandingan bola jaring, naib johan pasukan FMP A, tempat ketiga pasukan Taseja FT dan pasukan Taseja City di tempat ke-empat.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching dengan kerjasama Kelab Belia Warisan Kenyalang Bandar Baru Samariang, Jawatankuasa PPR Taman Sepakat Jaya, Demak Laut, Kelab Futsal Viking dan Persatuan Bola Jaring Kuching
KUCHING, 14 DISEMBER 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching dengan kerjasama Kelab Futsal Petra Jaya dan Jawatankuasa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Petra Jaya 1 telah mengadakan Program Malaysia Aktif@Komuniti pada 11 hingga 12 November 2023 bertempat di gelanggang futsal Matang Sports Centre dan dewan serbaguna LKIM Santubong. Dua (2) acara telah dipertandingkan iaitu acara futsal dan bola jaring. Pasukan Scarlo Lorong 4A dan pasukan Lavender masing-masing telah dinobatkan sebagai johan pertandingan futsal dan bola jaring.
Senamrobik juga turut diadakan sebanyak 22 siri sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2023 yang diadakan setiap hujung minggu di kawasan penempatan penduduk PPR Petra Jaya 1.
KUCHING, 14 DISEMBER 2023 – Malaysia Aktif@Komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah diadakan pada 5 November 2023 melibatkan pertandingan dua (2) acara sukan iaitu futsal dan bola jaring bertempat gelanggang futsal Matang Sport Centre dan gelanggang bola jaring SK Matang. Manakala senamrobik telah diadakan sebanyak 22 siri bermula bulan Oktober hingga Disember 2023.
Johan pertandingan bola jaring telah dimenangi oleh pasukan HotShot TSJ, naib johan pasukan Psonns, tempat ketiga pasukan HS2 TSJ dan pasukan Banjaran Fighter di tempat ke-empat. Manakala Johan pertandingan futsal dimenangi oleh pasukan Banjaran Style, naib johan pasukan TBS One, tempat ketiga pasukan Nemziz VT dan pasukan Ultra Mega Bigwin di tempat ke-empat.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching mengucapkan terima kasih kepada Tunku Village Football Club, Jawatankuasa PPR Sungai Tengah, Kelab Futsal Viking dan Persatuan Bola Jaring Kuching kerana telah bersama-sama menjayakan program ini.
KUCHING, 14 DISEMBER 2023 – Malaysia Aktif@Komuniti PPR Taman Dahlia telah Berjaya dilaksanakan pada 5 dan 12 November 2023 bertempat di gelanggang futsal Taman Dahlia. Dua acara telah dipertandingkan iaitu acara futsal dan bola jaring.
Pasukan Kitai FC dan pasukan C masing-masing telah dinobatkan juara pertandingan futsal dan bola jaring.
Pelaksanaan Malaysia Aktif @ Komuniti ini telah dijayakan dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Kolej Komuniti Kuching, Jawatankuasa PPR Taman Dahlia, Reff Company, Persatuan Bola Jaring Kuching dan diketuai oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching.
KUCHING, 14 DISEMBER 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching, Kelab Tent Pegging Negeri Sarawak dan Jawatankuasa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Gong telah mengadakan Program Malaysia Aktif@Komuniti pada 4 November 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Sinjok, Siburan yang melibatkan pertandingan futsal dan bola jaring.
Pertandingan futsal telah dimenangi oleh pasukan Chumell, tempat kedua dari pasukan Python Squads, tempat ketiga pasukan Smart Angles dan pasukan Manaf FC di tempat ke-empat.
Bagi pertandingan bola jaring pula, johan telah dimenangi oleh pasukan Siayan FC, tempat kedua dimenangi pasukan Satria A, tempat ketiga dan ke-empat masing-masing dimenangi oleh pasukan MU Junior dan pasukan Kaki Gass.
KUCHING, 14 DISEMBER 2023 – Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Negeri Sarawak dan Jawatankuasa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Wangi bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah mengadakan Program Malaysia Aktif @Komuniti pada 29 Oktober dan 19 November 2023.
Pertandingan futsal telah diadakan di gelanggang futsal PPR Sri Wangi pada 29 Oktober 2023 dan dimenangi oleh Pasukan Tasiwa, naib johan dimenangi oleh pasukan KFRA Bahjah. Manakala pasukan TSW FC dan pasukan Zhaf United masing-masing memenangi tempat ketiga dan ke-empat.
Pertandingan bola jaring pada 19 November 2023 di SMK Petra Jaya telah dimenangi oleh pasukan Eagles Force, naib juara pasukan Senja, tempat ketiga pasukan KN Starz dan pasukan Mellody di tempat ke-empat.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Negeri Sarawak, Jawatankuasa PPR Sri Wangi, Kelab Sukan Rekreasi VF Global dan Kelab Bola Jaring Kuching kerana telah bersama-sama menjayakan program ini.
KUCHING, 14 DISEMBER 2023 – Kelab Memanah Assalam Kuching dan Jawatankuasa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Tunku bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah mengadakan program Malaysia Aktif@Komuniti.
Acara futsal dan bola jaring telah dipertandingkan yang melibatkan penyertaan daripada kawasan PPR Kampung Tunku pada 28 hingga 29 Oktober 2023 bertempat di gelanggang futsal KampungTunku dan dewan serbaguna KampungTunku.
Juara bagi pertandingan futsal telah dimenangi oleh Pasukan Avatar FT, naib juara Pasukan Penyek FC, tempat ketiga Pasukan SK FT dan Pasukan HPA FT di tempat ke-empat. Pasukan Swifts telah dinobatkan sebagai juara pertandingan bola jaring, Pasukan Mother Earth selaku naib juara dan pasukan Flash di tempat ketiga. Tempat ke-empat dimenangi oleh pasukan Abdillah Hawk.
Di samping itu, senamrobik diadakan setiap minggu selama 22 siri bermula bulan Oktober hingga Disember 2023 di kawasan penempatan yang sama. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching mengucapkan terima kasih kepada Kelab Memanah Assalam Kuching, Jawatankuasa PPR KampungTunku. Tunku Village Football Club kerana telah bersama-sama menjayakan program ini.