- JBS Sarawak
- Hits: 193
KEJOHANAN LUMBA BASIKAL KALAKA KRITERIUM EDISI KE-2 BAKAL GEGARKAN PEKAN SARATOK
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 13 DISEMBER 2023 – Kejohanan Lumba Basikal Kalaka Kriterium Edisi Ke-2, N.38 Kalaka Piala Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Duri bakal berlangsung pada 3 hingga 5 Mei 2024 tahun hadapan. Kejohanan anjuran Persatuan Berbasikal Bahagian Betong bersama Pusat Khidmat DUN N.38 Kalaka dan Pejabat Daerah Saratok. Sehubungan itu, satu Mesyuarat Kejohanan Kalaka Kriterium Bil.1/2024 telah diadakan pada 12 Disember 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Saratok. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haron bin Mahidi, Pegawai Daerah Saratok dan turut dihadiri oleh ketua-ketua dan wakil dari jabatan dan NGO’s yang terlibat.
Sebanyak tujuh kategori akan dipertandingkan semasa Kejohanan Lumba Basikal Kalaka Kriterium Edisi Ke-2 tahun 2024 iaitu, RB Men Open, Master A, Master B, RB Junior, Folding RB Women dan RB Betong Closed. Penerangan berhubung kejohanan telah disampaikan oleh Encik Saiful Hanizam bin Suhaimi dari Persatuan Berbasikal Bahagian Betong. Turut diadakan juga aktiviti Fun Ride dan Senam Cergas sebagai salah satu pengisian aktiviti program. Hadir sama semasa mesyuarat tersebut ialah Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
- JBS Sarawak
- Hits: 193
