- JBS Sarawak
- Hits: 154
MALAYSIA BAHAM CHINESE TAIPEI
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 21 NOVEMBER 2023 – Aksi bertenaga dipamerkan Pasukan Malaysia berjaya menundukkan Chinese Taipei dengan jaringan 1-0 di saingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Perlawanan berlangsung di Stadium Perbandaran Taiwan, gol pasukan negara telah dijaringkan oleh Darren Lok pada minit ke-72’
Tayangan skrin besar telah berlangsung di Rumah Panjang Sungai Buluh, Samarahan dengan mendapat sambutan meriah dengan kehadiran penduduk setempat dan Kawasan sekitar.
Tayangan turut dihadiri oleh SAO Encik Abdullah Sam Bin Yusuf, Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, Penghulu Pawi Anak Sidi, Penghulu IBAN Sadong Jaya , Tr Sili Anak Bunsi, Ketua Kampung Sungai Buluh, Sadong Jaya dan Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.
Antara acara sampingan yang diadakan adalah Sepakan Penalti, Timbang Bola, Cabutan Bertuah dan Kuiz.
- JBS Sarawak
- Hits: 154
