Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 9 NOVEMBER 2023 –Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) dengan kerjasama Kelab Memanah Elite Limbang telah menganjurkan satu program yang dinamakan 1000Liga bagi acara memanah pada minggu lalu. Program ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan memanah di bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat di semua peringkat umur di bahagian limbang seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan saranan #jomturunpadang yang disyorkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Seramai lebih 50 orang peserta telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada pada pelajar, guru serta mendapat penyertaan dari orang awam yang berminat bagi sukan memanah. Para peserta begitu teruja kerana julung kalinya pertandingan tersebut diadakan secara kompetetif yang menawarkan hadiah wang tunai. Siri yang seterusnya akan diadakan pada bulan November ini di Masjid Jannatul Firdaus Limbang. Diharapkan penganjuran pertandingan seperti ini akan berjaya menarik minat belia khususnya para belia untuk melibatkan diri dan aktif dalam sukan.
Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Limbang mengucapkan tahniah kepada pemenang- pemenang yang telah menjuari pertandingan memanah dan berharap agar terus membudayakan sukan memanah ini sebagai satu budaya yang boleh melahirkan atlet negara dalam acara tersebut
- JBS Sarawak
- Hits: 143
