BINTULU, 10 NOVEMBER 2023 – Pemverifikasi stor telah diketuai oleh Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dan Puan Margaret Anak Sawing, Pegawai Belia Dan Sukan Negeri Sarawak di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu pada Rabu lalu.
Proses Pemverifikasi stor ini berpandukan laporan verifikasi stor (KEW.PS-10) dan KEW.PS-11 bagi memudahkan proses verifikasi stor.
BINTULU, 09 NOVEMBER 2023 – Pihak pejabat mendapat jemputan untuk menyampaikan perkongsian tentang gaya hidup sihat dan rakan muda daripada Kolej Vokasional Bintulu. Program tersebut telah dihadiri oleh Encik Hailey Robson, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bersama Puan Zulaikha, Pembantu Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bertempat di Dewan Sri Perdana Kolej Vokasional Bintulu, Selasa lalu.
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kesediaan pelajar dengan pelbagai aktiviti ‘soft skill’. Selain daripada kemahiran yang dipelajari di bengkel, pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran insaniah bagi melengkapkan diri sebelum memasuki dunia perkerjaan kelak.
MIRI, 8 NOVEMBER 2023 – Pegawai Verifikasi Stor Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri semalam untuk membuat pemeriksaan stor. Pegawai verifikasi stor tersebut ialah Puan Fatimah binti Abdul Rahman dan Puan Margaret Anak Sawing. Tujuan verifikasi stor dilakukan ialah untuk memastikan ketepatan rekod dan pelarasan stok yang efisyen. Selain itu, untuk mengesan dan mengenal pasti sekiranya ada stok berlebihan, rosak, dan usang.
Secara keseluruhan, PBSB Miri menerima maklum balas yang memuaskan. PBSB Miri juga akan sentiasa menambah baik segala nasihat yang diterima dari pegawai pemverifikasi stor dan akan memastikan segala teguran diambil tindakan kadar segera. Pihak pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kerana kerjasama yang baik antara kakitangan dan pegawai verifikasi stor sepanjang pemeriksaan stor dijalankan.
MIRI, 8 NOVEMBER 2023 – Pertandingan Snuker 1000 Liga Siri 1 dan 2 telah melabuhkan tirai pada hujung minggu yang lalu bertempat di David’s Pool & Snookers. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri yang melibatkan kerjasama antara Persatuan Snuker dan Billiard. Sepanjang dua (2) hari pertandingan ini berlangsung, terdapat dua (2) kategori yang telah dipertandingkan iaitu terbuka wanita dan lelaki.
Para pemenang akan membawa hadiah berupa wang tunai dan medal. Pejabat mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang baik dan mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang tersebut :
KAPIT, 8 November 2023 - Kejohanan Bola Sepak Liga Kapit bagi edisi tahun 2023 telah membuka tirainya pada 3 November yang lalu di Stadium Terbuka SSC Kapit. Kejohanan bola sepak ini yang diadakan bersempena Piala Ahli Dewan Undangan Negeri N.63 Baleh, YB Tuan Nicholas Kudi Jantai adalah dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Kapit. Encik Zamery Ajeng, selaku pengerusi pengelola bagi kejohanan tersebut menyatakan bahawa sebanyak 8 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka untuk merebut gelaran juara pada edisi kali ini. Johan bagi pertandingan ini akan menerima hadiah sebanyak RM3,500.00, diikuti Naib Johan, RM2,500.00, Tempat Ke-3, RM1,500.00 dan Tempat Ke-4, RM1,000.00. Manakala, bagi Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik Kejohanan masing-masing akan menerima hadiah RM300.00.
Perlawanan pertama yang diadakan pada hari tersebut adalah di antara pasukan IPD Kapit menentang Accurate FC yang telah dimenangi oleh pasukan Accurate dengan keputusan jaring 1-2. Karnival bola sepak yang dianjurkan secara liga ini hanya dijalankan pada hujung minggu dan dijangka akan tamat pada bulan Disember kelak.
Sarikei, 7 November 2023 - Sempena Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan oleh pihak Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak, satu sesi penyerahan sijil pendaftaran telah diadakan bagi Persatuan Billiard Bahagian Sarikei dan Kelab Menyumpit Sungai Buluh Sarikei di Bilik Mesyuarat Bangunan Gunasama Persekutuan Sarikei.
Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh En. Abdul Rani Bin Jemi wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan En. Sarbini Bin Golong, wakil Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak.
Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua persatuan dan kelab yang sudi datang untuk menerima khidmat nasihat dan menjayakan program ini.
Satu Mesyuarat Penyelarasan Sukan Sarawak (SUKSAR) III Zon Barat Bil.1/2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kenyalang Aras 3,Pejabat Residen Betong. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengenalpasti venue pemilihan untuk sukan yang dipertandingkan bagi Zon Barat iaitu, Betong,Sarikei dan Sri Aman untuk SUKSAR Sarawak 2023 yang akan melabuh tirainya pada 15 hingga 18 Januari 2024.
Bahagian Sarikei telah di beri mandat bagi pusat pemilihan atlet sukan Angkat Berat, Bola Tampar,Bola Keranjang, Taekwando dan Wushu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Richard Anak Micheal Abu Nawas, Residen Bahagian Betong. Turut hadir ialah Tuan Abang Mohd Porkan B.Abg Budiman, Residen Bahagian Sri Aman dan En. Hamimi Bin Abu Kassin, wakil Pejabat Residen Bahagian Sarikei. En.Abdul Rani Bin Jemi telah mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei pada mesyuarat berkenaan.
Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim , JBSN Sarawak
SIBU, 7 NOVEMBER 2023- Telah berlangsung Pemeriksaan Pelupusan Aset alih Kerajaan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Tujuan pemeriksaan ini memastikan aset alih tersebut telah mengalami kerosakan yang tak dapat dibaiki dan usang. Selepas pemeriksaan, pegawai pemeriksa merekomendasi aset alih tersebut untuk dilupuskan. Objektif pemeriksaan ini adalah menjimatkan ruang pejabat/simpanan dan kaedah pelupusan yang dipilih bersifat mesra alam dan lestari.
Terima kasih diucapkan kepada Pemeriksa Pelupusan Aset, Nurulzamzam binti Shafie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dan juga Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
LUNDU, 2 NOVEMBER 2023 – Pergerakan Anak Muda Malaysia Cawangan Negeri Sarawak atau lebih sinonim dengan gelaran YMM bersama Cawangan Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah melaksanakan program Rakan Bumi : Tanam Pokok Peringkat Negeri Sarawak di Kem Wawasan Negara Sampadi.
Program ini melibatkan seramai 60 orang peserta belia. Objektif program ini adalah untuk menanam lebih banyak pokok agar dapat mengurangkan kesan cuaca panas dan kering yang melanda negara kini serta memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kepentingan memulihara kelestarian alam semula jadi di samping menjalankan aktiviti yang sihat serta membantu memelihara keindahan alam sekitar melalui kerja khidmat komuniti yang dilaksanakan serentak dengan aktiviti riadah dan rekreasi.
Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Encik Ronnie Boniface Nugi, Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir menjayakan program Puan Hafizah Binti Dahlan, Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dan Encik Mohamad Faizal Bin Lamat, Ketua Kem Wawasan Negara Sampadi.