Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 2 NOVEMBER 2023 – Program Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Negeri Sarawak di PPR Sungai Rait berlangsung dengan jayanya pada hujung minggu yang lalu. Sementara menunggu keputusan untuk acara futsal dan bola jaring, Cik Rapunzel Anthony Jamuh, Ahli Parlimen Belia Malaysia berkesempatan untuk mempromosi 10 gaya hidup rakan muda yang terbaharu kepada para peserta.
Selain itu, Cik Rapunzel juga mempromosi pendaftaran untuk sukarelawan Sukma pada tahun hadapan. Ramai belia yang menunjukkan minat untuk menjadi sukarelawan. Sukarelawan yang dicari bukan sahaja untuk Sukma, bahkan untuk program Rakan Muda yang akan datang. Ini ialah platform yang terbaik untuk warga PPR Sungai Rait menanamkan sifat kesukarelawanan dari akar umbi kerana ia akan melahirkan belia yang peka dengan keadaan sekeliling.
- JBS Sarawak
- Hits: 157
