- JBS Sarawak
- Hits: 147
W-FIT @ COMMUNITY LIMBANG TARIK MINAT GOLONGAN WANITA MENERAPKAN BUDAYA HIDUP CERGAS, AKTIF DAN SIHAT
Disediakan oleh: Aimy Alisha Charlie, JBSN Sarawak
LIMBANG, 25 OKTOBER 2023 – Program W-Fit @ Community peringkat Bahagian Limbang telah diadakan pada 19 Oktober 2023 yang lalu bertempat di Dewan Kampung Bunga Raya. Aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk menarik minat kaun Wanita untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kecergasan seterusnya menerapkan budaya hidup cergas, aktif dan sihat dalam kehidupan seharian.
Program tersebut telah dihari oleh 70 orang peserta termasuk urusetia. Antara pengisian yang telah dilaksanakan adalah Ceramah Pengenalan Kepada Perkhidmatan Persatuan Perancangan Keluarga dan juga Ceramah Kesihatan Wanita iaitu Kesedaran Kanser Serviks dan Kanser Payudara. Selain itu para peserta turut didedahkan dengan cara senaman yang selamat. Seterusnya peserta turut diberi praktikal teknik-teknik senaman yang sesuai mengikut kapasiti seseorang individu.
Turut hadir menyantuni program tersebut adalah pemimpin Wanita Kaunselor Niti Binti Rosli dan Puan Minah Anak Giyang, Pengerusi PERKEP Daerah Limbang. Majlis penyampaian cenderamata dan sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh Encik Zaini Abd Talib, mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang. Diharapkan agar program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan agar golongan Wanita akan lebih cakna tentang amalan kesihatan dan gaya hidup sihat.
- JBS Sarawak
- Hits: 147
