Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 17 OKTOBER 2023 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Persatuan Petanque Miri telah mengadakan Kejohanan Petangue 1000 Liga pada 14 hingga 15 Oktober 2023.
Seramai 160 orang telah berkampung di gelanggang petanque Stadium Bandaraya Miri bagi menyaksikan pemain kategori lelaki dan wanita berentap untuk mendapat hadiah berupa wang tunai. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Awangku Azwani bin Awang Yaman, Pengerusi Kejohanan Petanque 1000 Liga Peringkat Bahagian Miri 2023. Pemenang bagi acara petanque adalah seperti berikut :
Kategori Lelaki :
- Johan – Encik Zaidi Bin Sulhee
- Naib johan – Encik Muhammad Syahmi Tan Bin Abdullah
- Ketiga bersama - Encik Mohd Fardzryn Bin Sani dan Encik Zain
Kategori Wanita :
- Johan - Cik Nurfatihah Binti Mohamad Omar
- Naib Johan - Puan Horaini
- Ketiga bersama - Puan Latifah Ryne dan Puan Amidah Bt Matnoor
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur dan semua peserta yang telah menyertai kejohanan ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 122
