- JBS Sarawak
- Hits: 155
BERBINCANGAN BERSAMA PEJABAT KEMENTERIAN BELIA, SUKAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SARAWAK BAHAGIAN BETONG (MYSED)
BETONG, 13 OKTOBER 2023 – Satu perbincangan pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong bersama dengan Pejabat Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Bahagian Betong telah diadakan pada 5 Oktober 2023 bagi membincangkan pelaksanaan aktiviti sampingan semasa program sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Bahagian Betong yang akan diadakan pada 28 Oktober (Sabtu) bertempat di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan. Pihak MYSED telah diberi mandat untuk mengelola Pertandingan Street Soccer sebagai salah satu pengisisan aktiviti sempena HSN2023 Peringkat Bahagian Betong.
Semasa sesi perbincangan tersebut, Cik Jojo anak Tehan, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Betong telah memberi penerangan berhubung HSN2023 serta membentangkan cadangan perlaksanaan aktiviti dan atur cara kepada Encik Sain anak Kerani, Pegawai Menguasa, Pejabat Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Bahagian Betong. Hadir sama semasa sesi perbincangan tersebut ialah Puan Dayang Amy Narima dari MYSED dan Encik Erwan Dzulfadli bin Pasah dari PBSB Betong.
- JBS Sarawak
- Hits: 155
