Disediakan oleh : Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 5 OKTOBER 2023 – Mesyuarat pengurusan pejabat yang dipengerusikan oleh Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah diadakan pada 26 September 2023 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk berbincang perkara yang berkaitan dengan pengurusan pejabat dalam aspek pentadbiran dan pelaporan pelaksanaan program di pejabat.
Selain itu, pengerusi turut memaklumkan kepada ahli mesyuarat amanat daripada Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak untuk mematuhi peraturan-peraturan penjawat awam yang sedia ada di setiap bahagian masing-masing serta menjaga hubungan baik dalam pejabat. Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran Puan Noorlina Binti Mirais ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Pada mesyuarat tersebut juga para pegawai di setiap unit di pejabat telah melaporkan program-program yang telah dirancang, sedang dilaksana dan telah dilaksana kepada ahli mesyuarat.
- JBS Sarawak
- Hits: 165
