- JBS Sarawak
- Hits: 112
SARAWAK FORESTRY COPORATION (SFC) MENJADI RAKAN STRATEGIK PERTAMA PROGRAM RAKAN MUDA
Kuching, 19 Jun 2023 – Satu sesi perbincangan khusus bagi pelaksanaan program Eksplorasi Alam di bawah Gaya Hidup Rakan Bumi telah diadakan secara dalam talian yang telah dipengerusikan oleh Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama pegawai-pegawai Cawangan Pembangunan Rakan Muda. Manakala pihak SFC disertai oleh YBrs. Dr Mohd Izwan Zailani Biologist dan Pegawai Hidupan Liar serta Puan Asmah.
Perbincangan tersebut berkaitan program yang telah dilaksanakan oleh pihak SFC iaitu 3M – Buaya. Program tersebut member pendeddahan dan kesedaran kepada komuniti yang terdedah kepada ancaman reptilian terssbut. Tiga (3) M, Memahami, Mengenal dan Memulihara kehidupan Buaya itu tampak dapat memberi impak dan peluang baru pelaksanaan program terutamanya kepada golongan remaja.
Pelbagai perkara lain lagi telah diutarakan ketika sesi perbincangan tersebut yang mencakupi, objektif, kaedah pelaksanaan, implikasi serta impak kepada program tersebut. Pihak SFC amat terharu dan begitu teruja apabila Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Kememnterian Belia dan Sukan Malaysia berminat untuk menjalinkan hubungan strategik dalam perancangan dan pelaksanaan program seumpama ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 112
