Disediakan oleh: ZK,JBSN Sarawak
KUCHING, 14 DISEMBER 2023 – Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Negeri Sarawak dan Jawatankuasa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Wangi bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah mengadakan Program Malaysia Aktif @Komuniti pada 29 Oktober dan 19 November 2023.
Pertandingan futsal telah diadakan di gelanggang futsal PPR Sri Wangi pada 29 Oktober 2023 dan dimenangi oleh Pasukan Tasiwa, naib johan dimenangi oleh pasukan KFRA Bahjah. Manakala pasukan TSW FC dan pasukan Zhaf United masing-masing memenangi tempat ketiga dan ke-empat.
Pertandingan bola jaring pada 19 November 2023 di SMK Petra Jaya telah dimenangi oleh pasukan Eagles Force, naib juara pasukan Senja, tempat ketiga pasukan KN Starz dan pasukan Mellody di tempat ke-empat.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Negeri Sarawak, Jawatankuasa PPR Sri Wangi, Kelab Sukan Rekreasi VF Global dan Kelab Bola Jaring Kuching kerana telah bersama-sama menjayakan program ini.
#MalaysiaMadani
#teampbsbkuching
- JBS Sarawak
- Hits: 260
