- JBS Sarawak
- Hits: 213
MUKAH PERTARUHKAN DUA PASUKAN KE KEJOHANAN TARIAN SINGA PIALA LEE ONN SARAWAK 2023
Disediakan oleh : Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 6 DISEMBER 2023 – Sesi latihan akhir pasukan Tarian Singa Mukah telah diadakan pada 4 Disember 2023 di SJK(C)Chong Boon, Mukah bagi menyertai Kejohanan Tarian Singa Piala Lee Onn Sarawak 2023. Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 8 Disember 2023 di Kuching Aero Ville Mall dan Mukah telah mempersiap dua pasukan tarian singa yang akan mempamerkan aksi terbaik mereka di pentas kejohanan kelak. Menurut Encik Ho Ing Siong jurulatih pasukan Mukah, beliau melahirkan keyakinan bahawa pasukan Mukah bakal mempamer aksi terbaik mereka setelah menjalani latihan selama ini. Pada tahun lepas pasukan Mukah mendapat kedudukan 10 terbaik daripada 16 pasukan yang bertanding manakala tahun ini sebanyak 24 pasukan yang akan bertanding.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dijemput bersama menyaksikan sesi latihan dan sesi bergambar yang telah diwakili Encik Mohammad Arbi Bin Rosli. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada pasukan yang bakal mengharumkan nama Mukah. Turut hadir bersama Penghulu Lee Liong Ing, Kapitan Kang Boon Eong dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Persahabatan Zong Ho Mukah. Persatuan Persahabatan Zong Ho Mukah akan menaja satu pasukan manakala satu pasukan lagi akan ditaja persatuan.
- JBS Sarawak
- Hits: 213
