Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 11 JULAI 2023 – Karnival Esukan Limbang Edisi 1/2023 telah diadakan pada 9 Mei 2023 yang bertempat di Dewan Kampung Bunga Raya, Limbang. Program anjuran Kelab Sukan Elektronik Boobook dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan esukan di bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Bin Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan,Komoditi, Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN N79 Bukit Kota. Beliau berkata penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mengalakan belia menjalani cara hidup sihat dan tidak mendorong kepada gejala yang tidak bermoral.
Encik Zaini Bin Abd talib, Pegawai Unit Pembangunan Sukan mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut hadir memberi sokongan kepada program ini. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh Esukan di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Daerah Limbang.
- JBS Sarawak
- Hits: 140
