Disediakan oleh: ZK,JBSN Sarawak
KUCHING, 9 OKTOBER 2023 – Pegawai Pemeriksa Aset, Encik Kigen Katong telah menjalankan pemeriksaan aset di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching pada 3 Oktober 2023. Tujuan pemeriksaan aset ini diadakan bagi memenuhi keperluan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (Penggunaan, Penyimpanan & Pemeriksaan). Selain itu, bagi memastikan aset didaftar dan dikemaskini lengkap, tepat dan penempatan aset yang teratur. Pemeriksaan aset ini diadakan secara tahunan.
#MalaysiaMadani
#teampbsbkuching
- JBS Sarawak
- Hits: 142
