- JBS Sarawak
- Hits: 119
PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN DAN PEMVERIFIKASI STOR PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI
Disediakan Oleh : Jamaika Binti Marciano
Sarikei, 10 Oktober 2023 : Pegawai Pemeriksa Aset iaitu Encik Kigen Anak Satong dan Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, serta Pemeriksa Verifikasi Stor Pejabat, Encik Roley Anak Lagir dan Encik Rynnille Elsther Peter telah melaksanakan pemeriksaaan secara menyeluruh di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Pemeriksaan berlangsung selama 1 hari dan berjalan dengan lancar. Ianya bertujuan untuk memastikan semua aset kerajaan diguna dan dikendalikan dengan cekap, mahir dan teratur. Pemeriksaan verifikasi stor pula adalah untuk mengesan dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang menyebabkan stok berlebihan, berkurangan malah untuk menentukan jumlah stok fizikal yang tepat dan sebagainya supaya tindakan susulan dapat diambil.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei yang diketuai oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Pegawai dan kakitangan yang terlibat dan membantu sepanjang berlangsungnya pemeriksaan aset dan verifikasi stor sehingga selasai.
- JBS Sarawak
- Hits: 119
