Disediakan oleh : Melvin Chambai Anak Gurang, JBSN Sarawak
SIBU, 28 Oktober 2023 - Sambutan Hari Sukan Negara telah dilaksanakan dengan jayanya. YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak mewakili YAB Premier Sarawak hadir merasmikan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak 2023 yang diadakan di Dataran Tun Tuanku Bujang Sibu. Turut hadir pada Majlis Perasmian adalah TKP (Pembangunan Sukan) JBSN, Encik Abd Aziz Bin Abd Rahman dan Pengarah JBS Negeri Sarawak, Encik Lamat Anak Nyalau.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan pada sambutan kali ini dengan acara utama adalah Fun Run dan Fun Ride. Antara acara menarik yang lain juga telah dilaksanakan pada Sambutan HSN Sarawak kali ini adalah autoshow, strong fit challenge, HSN street soccer challenge, 3 on 3 basketball, memanah traditional, tug of war, esport challenge dan banyak lagi. Sambutan HSN yang merupakan acara tahunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian ini dilaksanakan bagi memastikan warga Malaysia terus kekal sihat dan cergas dalam melalui kehidupan seharian.
- JBS Sarawak
- Hits: 110
