- JBS Sarawak
- Hits: 146
MALAYSIA AKTF@KOMUNITI TAHUN 2023 PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU MEMBUKA TIRAI DI PPR BANDARIA PARK
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 31 OKTOBER 2023 – Malaysia Aktif @ Komuniti tahun 2023 peringkat Bahagian Bintulu telah berlangsung pada 28 Oktober 2023 bertempat di PPR Bandaria Park Bintulu. Pelbagai pengisian aktiviti dan sukan yang dipertandingan antaranya pertandingan futsal sebanyak lapan kumpulan, bola jaring sebanyak empat pasukan dan sepak takraw bulatan sebanyak empat pasukan.
Pihak pejabat mengucapkan tahniah kepada pemenang bagi pertandingan sukan futsal yang dimenangi oleh kumpulan Ole-Ole Ft, naib johan disandang oleh kumpulan Kasimurah Ft seterusnya, di tempat ketiga dan keempat jatuh kepada kumpulan Geng 21A dan Pusiran Junior. Manakala bagi kategori bola jaring kumpulan NetvP telah menjadi johan dalam pertandingan tersebut dan disusuli tempat kedua daripada kumpulan Powerpuff Girl, manakala tenpat ketiga dan keempat disandang oleh kumpulan Superwomen dan Darker XL. Akhir sekali bagi pertandingan sepak takraw bulatan di menangi oleh kumpulan Tatah un, naib johan daripada kumpulan Pusiran Junior, dan di tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh kumpulan Geng Zul dan Geng Pian.
- JBS Sarawak
- Hits: 146
