Disediakan Oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 06 NOVEMBER 2023 – Satu Seminar Zakat Bahagian Bintulu 2023 telah dihadiri oleh puan Diana Nuff, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bertempat di Dinner World Restaurant Bintulu pagi tadi.
Pengisian seminar tersebut dihidangkan dengan dua slot yang bertajuk Bersama Memberi Kesejahteraan yang disampaikan Oleh Yang Berbahagia Mejar (K) Datu Haji Abang Mohd Shibli Bin Haji Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar, Tabung Baitulmal Sarawak. Manakala, slot kedua yang bertajuk Baitulmal Menyantuni Keperluan Ummah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Yusree Bin Haji Mohd Zain, Timbalan Ketua Sektor Operasi ,Tabung Baitulmal Sarawak. Di akhir seminar tersebut, Tabung Baitulmal Sarawak menyerahkan bantuan kepada penerima penerima baitulmal yang layak diberikan kepada warga Bintulu.
- JBS Sarawak
- Hits: 148
