- JBS Sarawak
- Hits: 138
RAKAN MUDA PRIHATIN: MOBILISASI SKUAD SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) TAHUN 2023 PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU SIRI 4
Disediakn oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 20 NOVEMBER 2023 – Program Rakan Muda Prihatin, Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Tahun 2023 Peringkat Bahagian Bintulu telah dilaksanakan di Rumah Jelaping, Jalan Sangan, Tatau Bintulu pada Ahad lalu .
Program ini telah diketuai oleh Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu dengan kerjasama Kelab Belia Sungai Kakus dan Kelab Elektronik Xiphos Bintulu. Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan semangat kesukarelawanan serta menanamkan sifat prihatin dalam diri anak muda kini. Program SATRIA kali ini telah memilih Rumah Jelaping yang diketuai Oleh Tuai Rumah Jelaping Anak Sumok bagi menjalankan kerja-kerja gotong-royong membersihkan kawasan pembentungan air yang merupakan sumber air rumah panjang tersebut.
Pihak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program satria kali ini dan berharap agar dapat bekerjasama lagi di program akan datang.
- JBS Sarawak
- Hits: 138
