Disediakan oleh: Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 16 NOVEMBER 2023 – Program senam cergas komuniti telah memasuki penghujung sesinya yang akan berakhir pada bulan Disember 2023. Aktiviti bersenam secara santai ini merupakan salah satu usaha pejabat dalam membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, jabatan-jabatan kerajaan negeri seterusnya masyarakat di sekitar daerah Mukah. Selain itu, program ini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat seterusnya dengan bersenam mampu membina mental yang sihat.
Turut hadir ke program tersebut Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Program senam cergas komuniti Mukah merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Pusat Khidmat Masyarakat P.213 Mukah, Kelab Belia Tunas Rancana dan Karisma Boulevard dan Kelab Sukan Rekreasi Arena Seberang.
- JBS Sarawak
- Hits: 94
