Disediakan Oleh : Melvin Chambai Ak Gurang, JBSN Sarawak
SIBU 15 Oktober 2023- Telah berlangsung dengan jayanya Program Malaysia Aktif @ Komuniti melibatkan sukan Bola Jaring yang diadakan di Stadium Tertutup Sibu dan Futsal di Gelanggang Futsal Kampung Nangka.
Program yang diilham oleh YB Menteri Belia dan Sukan ini telah berjaya menarik penyertaan dalam kalangan komuniti pelbagai lapisan umur yang memberi fokus kepada Persatuan Penduduk Projek Rumah Perumahan Rakyat. Berikut merupakan Keputusan Rasmi Kejohanan Bola Jaring dan Kejohanan Futsal :
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI - BOLA JARING
Johan: Trailblazers
Naib Johan: PSKPP SIBU
Ketiga : UTS Phoniex
Keempat : Vixens
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI - FUTSAL
Johan : Triplex FT
Naib Johan : Project 22
Ketiga : TZ FT
Keempat : Beliang FT
Syabas dan tahniah kepada semua Pasukan bertanding. Johan membawa pulang wang tunai RM1,000.00, Medal dan Trofi Kejohanan. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 180
