Disediakan Oleh : M Johari
Sarikei, 15 Disember 2023 : Bagi menghargai segala usaha dan penat lelah ahli dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang tahun 2023, Duton Mountaineering Club telah mengadakan majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di bandar Sarikei. Tetamu kehormat kepada majlis tersebut adalah Y.Bhg. Tuan Badjuri bin Hj. Bidin, Timbalan Residen Bahagian Sarikei. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada Peiabat ini dan berharap kerjasama yang erat ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Selamat maju jaya Duton Mountaineering Club.
Kredit foto: Duton Mountaineering Club.
- JBS Sarawak
- Hits: 190
