Disediakan oleh: Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 23 NOVEMBER 2023 – Program 1000 Liga Sukan Catur telah diadakan pada 18 November 2023 betempat di Dewan Serbaguna, Politeknik Mukah. Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Mukah telah menjadi pengelola kepada program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat ke semua peringkat akar umbi. Selain itu, program ini sebagai tanda sokongan pihak pejabat kepada Politeknik Mukah dalam pengisian Karnival Sukan Politeknik Mukah di samping untuk mengeratkan hubungan baik pada masa akan datang.
Program telah disertai pelajar Politeknik Mukah, pelajar sekolah di Mukah, Oya dan Dalat serta staff Politeknik Mukah. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Hishamudin Bin Mohamad Tamim, Pengarah Politeknik Mukah. Turut hadir Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Puan Noorlina Binti Mirais. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Mukah atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 146
