- JBS Sarawak
- Hits: 318
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2023
Disediakan oleh: Martin Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 14 NOVEMBER 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat berkenaan Program Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak tahun 2023 pada 8 November yang lalu di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Kerajaan Negeri Bahagian Kapit yang dipengerusikan oleh Encik Bakat Gira, Pegawai Penguasa Pejabat Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Bahagian Kapit. Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk menyelaraskan kehadiran kontinjen daripada belia-belia setempat berumur 15 hingga 40 tahun merangkumi para pelajar dari semua sekolah serta persatuan dan kelab belia yang terdapat di bahagian Kapit. Program ini akan diadakan pada 2 Disember 2023 ini adalah julung kali diadakan di Kapit iaitu sebagai tuan rumah pada tahun ini. Dijangkakan seramai 1,000 orang belia akan memenuhi Dewan Suarah Kapit pada hari tersebut yang akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, YAB Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg.
Program anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) ini akan menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik kepada komuniti terutamanya para belia. Antara program yang akan diadakan seperti bazaar niaga usahawan belia, pameran agensi, digital mall, liga sepak takraw, badminton dan futsal, busking, perkhemahan (glamping), pesta tarik tali, pertandingan karaoke, aerodance, kursus lompat tali dan pertandingan double dutch, e-sport, fun run, konsert komuniti dan pelbagai lagi.
- JBS Sarawak
- Hits: 318
