Disediakan oleh: Martin Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 8 November 2023 - Kejohanan Bola Sepak Liga Kapit bagi edisi tahun 2023 telah membuka tirainya pada 3 November yang lalu di Stadium Terbuka SSC Kapit. Kejohanan bola sepak ini yang diadakan bersempena Piala Ahli Dewan Undangan Negeri N.63 Baleh, YB Tuan Nicholas Kudi Jantai adalah dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Kapit. Encik Zamery Ajeng, selaku pengerusi pengelola bagi kejohanan tersebut menyatakan bahawa sebanyak 8 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka untuk merebut gelaran juara pada edisi kali ini. Johan bagi pertandingan ini akan menerima hadiah sebanyak RM3,500.00, diikuti Naib Johan, RM2,500.00, Tempat Ke-3, RM1,500.00 dan Tempat Ke-4, RM1,000.00. Manakala, bagi Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik Kejohanan masing-masing akan menerima hadiah RM300.00.
Perlawanan pertama yang diadakan pada hari tersebut adalah di antara pasukan IPD Kapit menentang Accurate FC yang telah dimenangi oleh pasukan Accurate dengan keputusan jaring 1-2. Karnival bola sepak yang dianjurkan secara liga ini hanya dijalankan pada hujung minggu dan dijangka akan tamat pada bulan Disember kelak.
- JBS Sarawak
- Hits: 176
