- JBS Sarawak
- Hits: 209
MESYUARAT PENGURUSAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SRI AMAN BIL.4 TAHUN 2023
Disediakan Oleh: NFS, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 04 OKTOBER 2023 – Mesyuarat pengurusan pejabat yang dipengerusikan oleh Encik Khalid Bin Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah diadakan pada 03 Oktober 2023 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk berbincang perkara yang berkaitan dengan pengurusan pejabat dalam aspek pentadbiran dan pelaporan pelaksanaan program di pejabat.
Selain itu, pengerusi turut memaklumkan kepada ahli mesyuarat amanat daripada Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak untuk mematuhi peraturan-peraturan penjawat awam yang sedia ada di setiap bahagian masing-masing serta menjaga hubungan baik dalam pejabat. Pada mesyuarat tersebut juga para pegawai di setiap unit di pejabat telah melaporkan program-program yang telah dirancang, sedang dilaksana dan telah dilaksana kepada ahli mesyuarat
- JBS Sarawak
- Hits: 209
