Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 16 OKTOBER 2023 – Mesyuarat Pengelola Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Bahagian Samarahan telah diadakan di bilik Mesyuarat Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan secara bersemuka pada 16 Oktober 2023 jam 9:30 pagi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan TS Azkar Albar Bin Abu Bakar, Pengarah Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan serta dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan, NGO’S dan Ketua Masyarakat Setempat.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perincian aktiviti sempena Hari Sukan Negara 2023 peringkat bahagian Samarahan yang akan diadakan pada 28 Oktober 2023 bertempat di Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan. Antara aktviti yang akan dilaksanakan 5KM Hari Sukan Negara 2023, Senamrobik, Zumba, Tarik Tali, Sepak Penalti, Dam Aji, Menyumpit Tradisional, Pickleball Dan Jualan.
- JBS Sarawak
- Hits: 104
