Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 2 OKTOBER 2023 – Satu program yang dinamakan Aktiviti Fun Trail Hiking Bahagian Limbang telah diadakan pada 30 September 2023 yang bertempat di Taman Tasik Mas, Limbang. Program bersempena bulan kesihatan mental anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang (PKB Limbang) dengan kerjasama Sport Gallery ini adalah bertujuan untuk memperkasa gaya hidup sihat yang memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu antara semua golongan masyarakat khursusnya di bahagian Limbang.
Program berlangsung selama setengah hari ini sedikit sebanyak dapat memberi imput kepada semua masyarakat disamping dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.
Encik Mohd Hafizul Helmi Bin Md Zain, Pegawai Unit Belia, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut hadir dan menyertai acara bagi program kali ini. Di akhir acara, Dr Nor Liza Binti Jusoh turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah dan menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua peserta dan urusetia yang telah membantu sepanjang program berlangsung. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
- JBS Sarawak
- Hits: 163
