- JBS Sarawak
- Hits: 155
PBSB MIRI BERSIAP SEDIA MENYEDIAKAN KHIDMAT SUKARELAWAN BAGI TEMASYA SUKMA XXI SARAWAK 2024 DI MIRI
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 13 OKTOBER 2023 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri yang diwakili oleh Encik Roger Danny dari Unit Pembangunan Sukan telah menghadiri Taklimat Pengelola Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Miri pada 11 Oktober 2023.
Sesi taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Nora Shafia Binti Muhiyuddin mewakili Residen Bahagian Miri. Taklimat disampaikan oleh Encik Khairul Nizam Bin Morshidi dari Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Negeri Sarawak (MYSED). Daripada 37 acara sukan yang akan dipertandingkan, sebanyak 7 acara akan dilaksanakan di Bahagian Miri. Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri akan membantu dari segi penyediaan sukarelawan untuk bertugas mengikut keperluan Jawatankuasa-Jawatankuasa dan sukan.
- JBS Sarawak
- Hits: 155
