Disediakan oleh: Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 5 OKTOBER 2023- Perhimpunan bulanan Bil.4/2023 Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah diadakan di Auditorium, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching & Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Rantau Sarawak. Semua pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu turut menyertai perhimpunan tersebut secara fizikal dan maya.
Perhimpunan ini disempurnakan dengan Ucapan Amanat YBhg Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Pengarah memberi sepatah dua kata mengenai budaya profesionalisme bekerja dalam sebuah organisasi dan kod etika berpakaian sukan. Tuan Pengarah juga menasihatkan kepada semua kakitangan agar berhati- hati dalam menggunakan sosial media agar tidak menyentuh perkara-perkara sensitiviti. Dalam pada itu, Bahagian Sibu telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak dan piala kemenangan telah disampaikan oleh Pengarah JBS Negeri Sarawak kepada Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
Perhimpunan ini juga diisi dengan Penyampaian Sijil Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan, Pertukaran Pegawai di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta sambutan hari lahir bagi bulan Julai sehingga September 2023.
- JBS Sarawak
- Hits: 226
