Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 10 OKTOBER 2023 – Encik Raden Hidayat, Pengerusi Rising High International Taekwondo Club telah berkunjung ke pejabat untuk meminta khidmat nasihat mengenai pendaftaran kelab sukan. Selain itu, Encik Raden juga berkesempatan untuk memberitahu sedikit sebanyak mengenai kelab mereka dan jumlah penyertaan yang semakin memberangsangkan.
Encik Roger Danny, Unit Pembangunan Sukan telah memberi penerangan tatacara untuk mendaftar kelab sukan. Pada masa ini, permohonan hendaklah dibuat secara manual kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan kerana sistem masih mengalami masalah teknikal. Di samping itu, haruslah menyediakan dokumen lengkap bagi memudahkan urusan pendaftaran kelab.
Di akhir perbincangan, pihak pejabat juga sangat mengalu-alukan sekiranya ada perancangan untuk bekerjasama di masa yang akan datang. Diharapkan juga kunjungan ini mampu mengeratkan lagi hubungan diantara pihak pejabat dan kelab.
- JBS Sarawak
- Hits: 199
